Ikuti sedikit PESANAN DARI SAYA.
Assalamualaikum wbh, Apa khabar semua? Saya harap semuanya sihat-sihat belaka di samping keluarga tersayang. Pertamanya, terima kasih kerana sudi melawat website saya ini. Saya percaya, anda dan juga semua wanita di dunia ini, mahu penampilan mereka sentiasa kelihatan cantik dan menarik tak kiralah di mata suami ke atau orang di sekeliling kita. Jadi, untuk kelihatan cantik dan menawan, apa yang perlu kita lakukan? Ya.. kita perlulah mengenakan sedikit solekan pada wajah kita. Sekurang-kurangnya secalit Gincu mesti kita layangkan pada bibir kita agar tampak lebih berseri. Seperti yang kita sedia maklum, ada berbagai-bagai jenis jenama Gincu di pasaran ketika ini. Dari yang jenama mahal ke jenama yang termurah semuanya mudah didapati di mana-mana saja. Tetapi, pernahkah anda terfikir isi kandungannya? Atau anda hanya tahu 'pakai' saja janji cantik. Saya sendiri sebelum ini seperti anda, tak ambil 'kisah' langsung. Semenjak saya terbaca artikel mengenai penggunaan 'gelatin' haram dan isu 'lead' berlebihan di dalam gincu buatan Eropah atau China, saya mula tersedar dari 'kedaifan' saya kerana menggunakan Gincu Bibir yang tidak mengikut syariat Islam yang sebenar. Dari situ, mulalah saya tercari-cari info dan maklumat baru kalau2 ada wujud Produk Muslim kita di Malaysia ini yang mengeluarkan produk kosmetik yang diyakini bersih dan HALAL digunakan. Pencarian saya akhirnya membuahkan hasil. Saya telah pun menjumpainya... Tetapi tak semudah itu saya mempercayainya. Maklumlah, dah bertahun-tahun guna produk import bukan senang untuk bertukar ke jenama lain kalau tidak betul-betul yakin. Produk tempatan pulak tu. Tapi saya beli juga satu dan terus mencubanya.. Sungguh saya tidak percaya, Gincu V2 ni lain daripada lain. Walaupun produk tempatan, tetapi kualitinya setaraf dengan jenama antarabangsa yang diimport dari luar negara. Saya berkata demikian kerana warnanya tidak luntur apabila saya makan 2X di waktu siang dan cuba mencucinya untuk mengambil wuduk. Tetapi oleh kerana saya yakin Gincu ini HALAL itu sudah memadai. Kerana bagi saya, masalah utama wanita muslimah sekarang ini, apabila hendak solat terpaksa calit buang semua gincu di bibir. Tapi ada juga yang tak tanggal habis maklumlah 'produk import', tahan lama dan kalis air. Alhamdullillah..mulai saat itu saya dah tak risau atau was-was lagi untuk berwuduk dan bersolat. Selain daripada itu, baunya yang harum dan tidak 'tengik' seperti kebanyakkan gincu yang lain kerana mengandungi Aloe Vera, Susu Kambing dan Vitamin E untuk merawat, merapi dan melembapkan bibir agar tidak kering dan mengelupas dalam cuaca yang tidak menentu di Malaysia dan di negara Asia pada ketika dan saat ini. Saya sedar,bukan mudah untuk mengubah persepsi masyarakat untuk meletakkan jenama tempatan di hati pengguna seperti anda yang telah lama menggunakan produk luar yang mempunyai kuasa iklan yang hebat. Tetapi saya sangat positif bahawa jenama V2 adalah alternatif terbaik kepada wanita muslimah yang mementingkan halal dan haram untuk sesuatu produk yang sedang digunapakainya. Di samping itu juga, saya mohon berilah ruang untuk usahawan Bumiputera kita memartabatkan produk jenama tempatan dan kosmetik muslim yang sememangnya tidak menonjol dan sukar untuk bersaing dengan jenama lain di pasaran tempatan. Akhir sekali, saya tidak membina website ini untuk keuntungan semata-mata kerana setakat RM16.90 tu berapa sangat la untung saya.Tetapi di atas kesedaran kita sesama muslimah, saya rasa terpanggil untuk memenuhi tuntutan kewajipan "Fardu Kifayah" dengan tampil membantu kaum sejenis saya daripada terus hanyut menggunakan Gincu yang tidak HALAL disisi Islam. Seperti yang pernah diriwayatkan bahawasanya Rasullah S.A.W pernah bersabda: ~"Sebaik-baik manusia itu ialah orang-orang yang memberikan manfaat kepada orang lain dan sejahat-jahat manusia itu ialah orang yang menimbulkan kerugian kepada orang lain."~
Jadi fikir-fikirlah... Jumpa lagi!
Yang benar, Azza Izzura Gincuhalal.com Kepala Batas, Pulau Pinang.
|